Penyerahan wang bantuan awal persekolahan bagi sesi persekolahan 2013 sebanyak RM100 telah dijalankan di Dewan Kecil sekolah. Bantuan ini melibatkan murid-murid Tahun 1, 2 dan 3. Ibubapa hadir pada jam 1.00 tengahari dan menandatangani borang penerimaan serta menerima wang bantuan dari guru kelas anak masing-masing. Bagi murid-murid tahun 4,5 dan 6 pula, penyerahan bantuan dilakukan di SMK Kuala Krau pada sebelah petang oleh YB Dato Hj. Ismail b. Hj. Mohamed Said, ahli parlimen Kuala Krau bersama murid-murid dari SJK(T)Ladang Tekal, SK Kuala Krau dan SMK Kuala Krau sendiri. Setiap sekolah diwakili oleh 50 orang murid. Ibubapa hadir pada jam 2.00 petang untuk menandatangani borang penerimaan bersama guru kelas anak masing-masing. Wang bantuan diserahkan oleh YB Dato Hj. Ismail b. Hj. Mohamed Said di Dewan SMK Kuala Krau kepada setiap penerima.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuala Krau
TABAH RAJIN BERANI SUCI
Wednesday, January 9, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Hari Pertama Persekolahan
Hari pertama persekolahan bagi tahun 2013 bermula. Murid-murid hadir ke sekolah seawal pagi dengan penuh semangat. Masing-masing membawa beg dan beruniform sekolah lengkap yang baru. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Murid-murid beratur di dalam barisan mengikut kelas yang baru. Pada perhimpunan kali ini murid-murid diperkenalkan dengan Cik Najihah bt Azemy sebagai guru j-Qaf yang baru. Mereka juga dimaklumkan tentang GPK Kokurikulum yang baru iaitu En. Lee Mou Yue yang menggantikan Pn. Chong Siow Yee.
Tuesday, April 10, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)