Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan bagi tahun 2013 bermula. Murid-murid hadir ke sekolah seawal pagi dengan penuh semangat. Masing-masing membawa beg dan beruniform sekolah lengkap yang baru. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Murid-murid beratur di dalam barisan mengikut kelas yang baru. Pada perhimpunan kali ini murid-murid diperkenalkan dengan Cik Najihah bt Azemy sebagai guru j-Qaf yang baru. Mereka juga dimaklumkan tentang GPK Kokurikulum yang baru iaitu En. Lee Mou Yue yang menggantikan Pn. Chong Siow Yee.

No comments: